Wednesday, October 7, 2009

Punca-punca yang Menyebabkan Penyakit Berjangkit Berlaku

Kebanyakan rakyat Malaysia mengabaikan gizi pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini menyebabkan daya tahan penyakit merosot. Rakyat Malaysia juga tidak menyediakan makanan sendiri kerana kesibukan bekerja. Mereka gemar makan di luar.




Gerai-gerai makanan mungkin kotor dan makanan yang dimakan juga tercemar. Makanan yang tercemar juga mendatangkan penyakit berjangkit seperti kolera.



Makanan laut juga mudah tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar . Hal ini kerana sisa haiwan dan manusia dibuang di situ. Pembuangan najis menyebabkan bakteria E-coli membiak. Hidupan laut akan tercemar dengan bakteria berkenaan. Jika kita mengambil makanan yang tercemar kita akan mendapat penyakit hepatitis.



Pencemaran alam sekitar juga merupakan punca penyakit berjangkit. Alam sekitar yang kotor, longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung. Air bertakung merupakan tempat nyamuk aedes dan nyamuk tiruk membiak. Gigitan nyamuk-nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria.



Masyarakat Malaysia juga membunyai tabiat pemakanan yang buruk. Sesetengah penyakit berpunca daripada tabiat suka berkongsi barang peribadi seperti tuala dan pinggan mangkuk. Penyakit kulit akan merebak apabila kita berkongsi tuala. Terdapat juga golongan yang mengamalkan hubungan seks rambang. Mereka ini akan dihinggapi penyakit kelamin. Yang lebih berbahaya ialah penyakit AIDS . AIDS juga boleh merebak hasil perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Hal ini kerana jarum suntikan yang tercemar dengan virus HIV akan merebakkan penyakit itu kepada penagih dadah.



Langkah-langkah Mengatasi Penyakit Berjangkit

Kesihatan amat penting kepada sesorang. Setiap rakyat Malaysia dinasihati menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Dengan ini kita tahu tahap kesihatan kita sendiri. Rawatan awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa.



Seseorang itu perlu menjaga kesihatan diri dan alam sekitar. Kita harus mengamalkan pembuangan sampah yang baik. Dengan ini, vektor-vektor penyakit berjangkit seperti lalat dan nyamuk tidak dapat membiak. Di samping itu kita juga harus menjauhkan diri daripada pergaulan bebas, tidak melibatkan diri dengan seks rambang dan jauhi dadah.



Pilihlah amalan pemakanan yang seimbang agar daya ketahanan penyakit akan meningkat. Maka tubuh badan kita tidak mudah diserang penyakit. Di samping itu, kita juga perlu menjaga kebersihan makanan. Elakkan membeli makanan di gerai-gerai yang kotor dan tercemar. Dengan ini masalah penyakit berjangkit dapat dielakkan.

1 comments:

therighteyes said...

Thanks utk info ni..homework aku jd senang dgn info ni..

Post a Comment