Thursday, September 17, 2009

BukaN SAngaT SUkA tuLis bLOG dalaM BahAsA MeLAyu ><

Sebenarnya,saya bukan seorang pemuda yang sangat rajin dan tidak begitu suka menaip,terutamanya dalam bahasa melayu(tetapi tidak tahu kenapa bahasa melayu saya dalam peperiksaan masih boleh begitu baik *-*)

Cikgu ah...ini blog saya la.Tidak begitu suka bagi orang lain tengok..boleh jangan beri" comment "..??

Cuaca hari ini bukan begitu baik...medung sahaja...tetapi tidak hujan...><

Pada sesi pertama ,saya telah masuk komputer untuk dengar 'nasihat' cikgu.

Bukan saya tidak mahu tulis blog,tetapi tiada 'mood' untuk menulis la...[Cikgu]mestikah kita menulis karangan dalam blog ini..??

Haha...'restaurant city' saya dalam 'facebook' telah dihiasi dengan cantik-cantik belaka.  O(^_^)O

Haha...sudah tentu cikgu berasa 'pening' apabila melihat blog ini.

Tidak mahu bercakap banyak-banyak la..saya mahu mendirikan blog saya dalam bahasa cina lo~minta diri...

4 comments:

iching said...

Hello Klarinlee,

bukan hendak memaksa, tetapi cubaan untuk mendedahkan anda semua kepada dunia pembelajaran dalam alam virtual. Masih ramai pelajar hanya berminat untuk menggunakan social networking site seperti friendster dan facebook. Anda semua ada banyak peluang dan ruang untuk mempraktikkan bahasa Cina dan bahasa Inggeris tetapi ramai yang tidak berminat untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Banyak kajian dijalankan mendapati pelajar bukan Melayu lemah dalam Bahasa Melayu kerana tidak berminat dan tidak menggunakan Bahasa Melayu semasa kelas Bahasa Melayu, kalau ada pilihan biasanya bahasa ibunda yang digunakan. Kadang-kadang terpaksalah memaksa pelajar-pelajar membuat sesuatu yang tidak diminati pelajar. Cikgu meminta anda semua menulis Bahasa Melayu dalam blog kerana satu-satunya ruang untuk anda melatih menulis. Cikgu minta maaf jika anda berasa menulis karangan dalam blog menyusahkan. Berilah peluang dan berlatihlah menggunakan bahasa Melayu, jangan hanya bahasa Cina menjadi pilihan. Anda perlu menggunakan Bahasa Melayu pada masa depan. Harap anda faham apa yang cuba cikgu nyatakan di sini. Terima kasih.

Ti Amo said...

Terima kasih la cikgu.
Saya akan berusaha dengan baik.
Dengar daripada Pn Yip,cikgu hanya ada satu lagi untuk mengajar kani sahaja><
Berat hati lah.
Saya akan menghargai peluang yang terakhir ini^^

iching said...

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi memberi peluang kepada cikgu. Terima kasih kepada anda kerana mula menulis dalam blog dengan menggunakan Bahasa Melayu. Cikgu berharap anda akan terus menulis dalam Bahasa Melayu agar penguasaan anda dalam Bahasa Melayu akan bertambah baik lagi. Terima kasih.

iching said...

Hello Ti Amo,
Bila nak mulakan penulisan yang sebenarnya?

Post a Comment